Maritim tahan dua kapal Vietnam 'rompak' hasil laut negara

Iklan
Syed Nor Adli (kanan) memeriksa kru kapal warga Vietnam dalam dua serbuan berasingan di perairan Kelantan pada Selasa.

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan kapal Vietnam yang menceroboh dan 'merompak' hasil negara dalam dua serbuan berasingan di perairan negeri ini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Serbuan pada jarak 94 dan 97 batu nautika dari muara Tok Bali itu membabitkan rampasan sebanyak 800 kilogram (kg) pelbagai jenis ikan serta 7,000 liter minyak diesel dan kapal yang dianggarkan berjumlah RM3 juta.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, dalam dua serbuan itu, pihaknya menahan seramai 11 kru kapal warga Vietnam termasuk dua tekong masing-masing berusia 27 hingga 46 tahun.

Iklan

Syed Nor Adli (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan ikan yang dirampas selepas menahan kapal Vietnam dalam dua serbuan berasingan di perairan Kelantan pada Selasa.

"Kita menahan bot petama pada jam 10.38 pagi, sementara bot kedua ditahan kira-kira setengah jam kemudian," katanya pada sidang akhbar di Jeti Maritim Malaysia Kelantan, Tok Bali di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, semasa ditahan, kedua-dua buah bot tersebut dipecut laju untuk melarikan diri ke sempadan negara, namun berjaya dipintas aset Maritim Malaysia Kelantan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot itu tidak mempunyai sebarang permit menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985.

Malah, katanya, kesemua kru kapal itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kejayaan ini adalah hasil rondaan rutin menerusi Ops Kuda Laut di kawasan perairan Kelantan.

"Kita akan terus melipat gandakan operasi dalam memastikan perairan negara sentiasa berada dalam keadaan selamat daripada sebarang ancaman yang boleh mengganggu gugat kedaulatan negara," katanya.