Pendakwah terkenal dipanggil ke Bukit Aman bantu siasatan

Iklan
Pendakwah berkenaan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Khamis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.

KUALA LUMPUR - Seorang pendakwah terkenal dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Khamis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.

Sumber berkata, polis telah memanggil pendakwah berusia lingkungan 30-an itu untuk merakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada dia akan hadir ke Bukit Aman atau tidak," katanya pada Selasa.

Menurutnya, siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Iklan
Iklan