Jemaah surau gempar fenomena ikan puyu naik darat

Iklan
Ratusan ikan puyu dari parit yang tiba-tiba naik ke darat di Surau Haji Sulaiman, Kampung Blok AGH Sawah Sempadan, Tanjong Karang pada Rabu.

TANJONG KARANG - Jemaah Surau Haji Sulaiman di Kampung Blok AGH Sawah Sempadan di sini gempar dengan fenomena ratusan ikan puyu dari parit tiba-tiba naik ke darat berhampiran surau berkenaan pada Rabu.

Rakaman video berdurasi satu minit 26 saat itu tular di laman Facebook sejak petang Rabu.

Iklan
Iklan

Menerusi rakaman video itu, kedengaran suara seorang lelaki memaklumkan bahawa fenomena itu dianggap sesuatu yang luar biasa berlaku di surau berkenaan.

"Ini satu keajaiban Surau Sulaiman pada hari ini (Rabu) kerana (terdapat) banyak ikan puyu naik ke darat," katanya.

Iklan

Menerusi video itu, kelihatan ratusan ikan puyu melompat ke darat di tepi surau, selain turut ditemui di dalam longkang surau.

Video tular itu menerima pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengendali Facebook.

Iklan

Seorang pengguna Facebook menggunakan akaun nama Johan Shafiee berkata, kejadian ikan puyu naik ke darat merupakan fenomena biasa apabila hujan lebat.

"Hujan lebat menyebabkan berlakunya perubahan parameter air yang mungkin menjadi lebih asid.

"Ikan puyu keluar untuk menyesuaikan diri atau beralih tempat," katanya.

Seorang penduduk, Alif Firdaus Samah, 32, berkata, video berkaitan kejadian itu diterimanya menerusi seorang rakan menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 5 petang Rabu.

"Benar kejadian ini berlaku di surau kampung kami dan saya difahamkan fenomena ini berlaku sebelum solat Asar," jelasnya.