Patung pejuang anti-Taliban 'dipenggal'

Iklan
Gambar keadaan patung itu yang dikongsi di media sosial. - Foto Agensi

KABUL - Patung pejuang terkenal anti-Taliban, Abdul Ali Mazari dilaporkan telah 'dipenggal' bandar Bamiyan, Afghanistan, menurut penduduk setempat pada Rabu.

Pemimpin politik yang mewakili etnik Hazara itu terkorban dan diangkat sebagai pejuang yang syahid pada tahun 2016, lebih dua dekad selepas Taliban mengesakan beliau terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dalam sebuah helikopter sebelum gerakan tersebut berkuasa buat pertama kali pada 1990-an.

Iklan
Iklan

"Kami tidak pasti siapa yang meletupkan patung tersebut. Terdapat kumpulan pejuang Taliban yang berbeza di sini termasuk yang berfahaman agak ekstrem," kata saksi.

Gambar dikongsi di media sosial menunjukkan keadaan patung itu yang musnah dan seakan-akan dipenggal.

Iklan

Seorang lagi penduduk yang hanya dikenali sebagai Zara mendakwa anggota Taliban menggunakan bom tangan roket untuk memusnahkannya pada Selasa.

"Patung itu sudah musnah dan kami sangat sedih serta berasa takut," ujarnya.

Iklan

Pada tahun 1995, Mazari dilaporkan terkorban selepas dia nekad merampas senapang Kalashnikov daripada seorang pengawal yang mengiringi beberapa tahanan ke Kandahar sebelum menembak mati enam anggota Taliban.

Difahamkan, puak Hazara mewakili 10 hingga 20 peratus daripada 38 juta populasi di Afghanistan. - AFP