Kibar Jalur Gemilang

Iklan

Gelagat anak-anak Orang Asli dari suku kaum Kensui mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar kediaman mereka sempena meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan ke-64 ketika tinjauan di Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Mukim Siong di Baling.

Walaupun dalam suasana pendemik Covid-19, masyarakat Orang Asli dari suku kaum Kensui daripada rumpun Negrito ini tetap ceria meraikan ketibaan bulan kemerdekaan negara. Masyarakat Orang Asli dari kampung ini adalah satu-satunya daripada suku kaum Kensui yang terdapat di Semenanjung Malaysia. - Foto Bernama

Iklan
Iklan