ALOR SETAR - Tiga individu maut dan tiga lagi masih hilang selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di puncak Gunung Jerai di sini pada Rabu.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan setakat jam 1 pagi, tiga mangsa terkorban di tiga lokasi berbeza dan tiga mangsa lagi di kawasan Titi Hayun dikhuatiri masih hilang.