[VIDEO] Pendakwah terkenal hadir ke Bukit Aman rakam keterangan

Iklan
Pendakwah terkenal hadir ke Bukit Aman pada Khamis untuk memberi keterangan dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes gangguan seksual.

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal telah hadir ke Bukit Aman pada Khamis untuk memberi keterangan dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes gangguan seksual.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai hadir dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyata Hilux di pintu masuk utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu sekitar jam 8.59 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Seorang individu memakai kopiah turun dari kenderaan tersebut, namun wajahnya tak dapat dilihat dengan jelas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwah terkenal dipanggil ke Bukit Aman bantu siasatan

Iklan

Beberapa individu 'mengepung' seolah-olah mahu mengelak pendakwah itu dirakam oleh orang luar serta pengamal media.

Pada Rabu, sumber memberitahu bahawa pendakwah terkenal itu dipanggil untuk diambil keterangan hari ini.

Iklan

Bagaimanapun mereka tidak pasti sama ada selebriti itu akan hadir atau tidak ke Bukit Aman.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi memaklumkan beliau akan memberi kenyataan media berhubung kehadiran pendakwah itu.