1,115 pegawai, anggota polis pastikan PRK berjalan lancar

Iklan
Mohd Sabri bergambar bersama petugas media yang membuat liputan pada PRK DUN Semenyih.

KAJANG - Seramai 1,115 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan sempena PRK DUN Semenyih esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, pihaknya komited memastikan 23 pusat mengundi dalam keadaan selamat dan terkawal.

Iklan
Iklan

"Anggota polis akan memantau pusat mengundi sehingga proses PRK berakhir," katanya.

Mohd Sabri berkata, pihaknya juga menjangkakan laluan sesak di enam lokasi antaranya lampu isyarat Bandar Sunway, Paling Jaya, Sungai Lalang.

Iklan

"Laluan di sekitar Pekan Semenyih, Batu 26 Beranang dan Bandar Rinching juga dijangka sesak," katanya.

Menurutnya, anggota trafik akan memastikan kelancaran aliran trafik.

Iklan

"Orang ramai yang tidak terlibat dengan urusan pengundian disarankan menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Eco Setia Hill, Eco World dan Lebuhraya Kajang-Seremban bagi mengelakkan kesesakan di laluan utama.

"Laluan di hadapan Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian akan ditutup dan dilencongkan aliran trafik pada jam 2 petang sehingga keputusan PRK diumumkan," katanya.

Sementara itu Polis menerima 35 laporan polis berkaitan PRK DUN Semenyih bermula hari penamaan calon pada 16 Februari lalu hingga hari ini.

Mohd Sabri berkata, daripada kesemua laporan tersebut, 11 kertas siasatan telah dibuka.

"Tiada penambahan kertas siasatan baharu di buka," katanya.

Mohd Sabri berkata, polis telah meluluskan 332 permit bagi aktiviti ceramah dan berkempen bagi BN, PH dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

"Daripada jumlah tersebut, 141 permit bagi BN, PH (166) dan PSM (17) manakala calon Bebas mengemukakan lapan permohonan untuk permit," katanya