TNB tawar insentif Sinaran Khas

Iklan
TNB

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan Insentif Sinaran Merdeka bagi menggalakkan pengguna komersial menerangi bangunan dan kawasan persekitaran mereka dengan lampu hiasan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 tahun ini.

TNB dalam satu kenyataan memaklumkan, insentif yang diberikan sejak tahun 2000 ditawarkan kepada semua pengguna di bawah tarif perdagangan (tariff B, C1 dan C2) yang telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun (sebelum 1 Ogos 2020), untuk tempoh dua bulan iaitu Ogos dan September 2021.

Iklan
Iklan

"Ia melibatkan pengguna komersial seperti bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial, kompleks membeli-belah, hotel dan stesen minyak.

"Kadar insentif adalah 20.8 sen/kWj (mengikut kadar tarif Neon & Floodlight) bagi jumlah peningkatan penggunaan elektrik yang melebihi purata kegunaan tiga bulan yang diambil dari bulan Mei, Jun dan Julai 2021,” jelas kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, manfaat insentif khas itu akan dimasukkan ke dalam bil bulan Oktober 2021 yang akan dipaparkan sebagai ‘Diskaun Karnival’ dan promosi tersebut bermula pada 1 Ogos 2021 sehingga 15 September 2021.

Pelanggan boleh memohon secara online melalui portal myTNB (www.mytnb.com.my) atau membuat permohonan di Kedai Tenaga berhampiran

Iklan