Halep tarik diri akibat kecederaan

Iklan
Halep

BIARPUN berjaya mara ke pusingan kedua WTA Cincinnati Masters 2021, namun pemain pilihan kelima kejohanan, Simona Halep dari Romania terpaksa menarik diri akibat masalah kecederaan pangkal paha yang dialaminya.

Halep yang juga pemain ranking ke-13 dunia mengakui merasai kesakitan pada sebelah kanan pangkal pahanya hingga menyebabkan dia membuat keputusan menarik diri menjelang aksi di pusingan kedua kejohanan berdepan pemain Amerika Syarikat (AS), Jessica Pegula.

Iklan
Iklan

"Pada pusingan kelayakan saya sudah mula merasakan kesakitan pada pangkal paha terutamanya di sebelah kanan.

"Setelah menerima rawatan, saya kemudiannya dapat meneruskan perlawanan dan menewaskan pemain Poland, Magda Linette.

Iklan

"Bagaimanapun setelah melakukan imbasan pada sebelah pagi (Rabu), didapati ada kesan koyak pada otot paha saya dan ini membuatkan saya menarik diri daripada kejohanan bagi mengelakkan sebarang risiko,” katanya.

Untuk rekod, Halep sebenarnya mengalami kecederaan sejak beraksi di Rome, Mei lalu yang turut menyaksikan pemain berusia 29 tahun itu tidak beraksi pada Wimbledon dan juga Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Iklan

Sementara itu, Halep mahu memastikan dia sempat pulih daripada kecederaan berkenaan menjelang Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (US Open) yang dijadualkan berlangsung mulai 30 Ogos hingga 12 September depan.

Menurut Halep dia akan memanfaatkan tempoh rehat ketika ini bagi memastikan kecederaan yang dialaminya itu pulih selain mengembalikan semula tahap kecergasannya pada tahap terbaik.

"Buat masa ini, saya akan berehat seketika dan melakukan apa sahaja persiapan untuk menyertai Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (US Open), nanti,” katanya.