Dijanjikan gaji lumayan, rupa-rupanya...

Iklan
Noor Azam (dua, kiri) menunjukkan gambar dadah yang diikat di betis dan paha suspek.

SHAH ALAM - Hanya kerana inginkan mendapatkan wang yang banyak dengan cepat, seorang lelaki gelap mata selepas terpedaya dengan tawaran pekerjaan dengan upah lumayan sebelum dijadikan sebagai 'keldai' dadah.

Sindiket ini akan memperdaya mangsa dengan menjanjikan tawaran kerja dan gaji sehingga RM8,000 selain pakej melancong.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, warga tempatan berusia 51 tahun ini telah terpedaya dengan tawaran menerusi media sosial Facebook dan WeChat.

"Suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Perlepasan Antarabangsa Aras 3, KLIA 2, kira-kira jam 12.30 tengah malam, Rabu lalu.

Iklan

"Pemeriksaan menjumpai enam bungkusan plastik lut sinar dadah disyaki syabu seberat 2.3 kilogram yang disembunyikan di peha dan betis suspek," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Dadah yang dirampas dengan tertangkapnya suspek di KLIA 2.

Beliau berkata, dipercayai dadah dianggar bernilai RM113,900 ini adalah untuk pasaran di Korea.

Iklan

Mengulas lanjut, sindiket yang berjaya memperdaya mangsa ini akan dibawa ke sebuah hotel untuk proses membungkus dadah terbabit di anggota badan.

Katanya, siasatan mendapati dadah setiap 1kg dadah yang diseludup masuk ke Korea adalah bernilai RM200,000. Malah polis percaya, suspek ini telah terjebak dengan kegiatan ini sebanyak dua kali.

"Sindiket telah membayar sejumlah wang pendahuluan kira-kira RM1,000 sebagai upah sebelum membayar bakinya setelah suspek ini tiba di negara terbabit.

"Siasatan masih dijalankan dan suspek yang merupakan pekerja juruteknik elektrik ini kini direman sehingga 5 Mac. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menerima sebarang tawaran pekerjaan yang meragukan di laman sosial. Sekiranya meragui tawaran tersebut, salurkan maklumat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.