Kedah isytihar Yan, Kuala Muda sebagai kawasan bencana tahap 1

Iklan
Sanusi

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengisytiharkan daerah Yan dan Kuala Muda sebagai kawasan bencana tahap 1 berdasarkan Arahan Tetap Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sehubungan itu semua agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan dengan pengurusan operasi bencana kini sedang mengambil pelbagai langkah bagi memastikan musibah yang melanda dapat ditangani dengan berkesan.

Iklan
Iklan

"Pihak swasta dan juga badan-badan sukarela yang mahu membantu akan diberikan latihan mencukupi di bawah penyelarasan MKN,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Arahan MKN No. 20 merujuk mengenai dasar dan mekanisme pengurusan bencana secara lebih menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian bencana.

Iklan

Pengurusan dan pengendalian kejadian bencana di kawasan yang dikategorikan sebagai Tahap 1 ditangani oleh agensi-agensi yang terlibat di dalam pengurusan bencana di peringkat daerah, sama ada tanpa bantuan luar atau dengan bantuan luar yang terhad.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri akan berusaha sebaik mungkin dan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memulihkan keadaan dan kehidupan penduduk terjejas akibat banjir yang berlaku ekoran fenomena kepala air di kawasan sekitar Gunung Jerai, petang semalam.

Iklan

"Meskipun kita sedang bergelut dengan musibah, saya ingin mengingatkan orang ramai terutama mereka yang terbabit, para petugas kerajaan dan juga sukarelawan yang turun membantu di lapangan agar sentiasa menjaga diri kerana ancaman Covid-19 masih berlegar di persekitaran kita,” katanya. -Bernama