Celcom sedia tawaran eksklusif kepada pelanggan

Iklan
IDHAM NAWAWI

CELCOM menyediakan tawaran eksklusif yang memberi penjimatan hebat dan mampu dimiliki sempena ulang tahun ke-64 Kemerdekaan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, bermula 19 Ogos sehingga 30 September ini, jualan iPhone Celcom Merdeka menawarkan penjimatan sehingga RM2,200 untuk model iPhone yang terkini seperti iPhone 12, 12 mini, 11, XR dan SE apabila pelanggan mendaftar pelan pascabayar Celcom Mega.

Iklan
Iklan

"Selain itu, Celcom turut memperluas sokongan digital yang inklusif bagi komuniti B40 dengan tawaran mudah alih dan peranti yang paling berpatutan, sejajar dengan inisiatif kerajaan seperti Jaringan Prihatin, Internet produktiviti 1GB percuma setiap hari dan Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Idham berkata, kempen Merdeka Celcom yang bertema 'U Ok Tak?' bertujuan mendorong rakyat Malaysia untuk saling bertanya khabar dengan seseorang melalui panggilan telefon, teks ucapan ringkas, video atau apa jua interaksi untuk menunjukkan keprihatinan serta ikhlas menyokong sesama sendiri dalam norma baharu yang mencabar ini.

Iklan

"Celcom mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memupuk nilai kasih sayang, menceriakan hati dan mencetus senyuman sesama kita,” katanya.

Beliau berkata, Celcom amat memahami cabaran yang kini dihadapi rakyat Malaysia dan betapa pentingnya untuk kekal berhubung antara satu sama lain.

Iklan

Sehubungan itu, katanya, Celcom fokus untuk terus prihatin terhadap rakyat Malaysia dengan memperkenalkan tawaran terbaik serta pakej berpatutan.

"Sebagai sebuah organisasi tempatan yang sehati sejiwa dengan rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan ke-64 ini, kami ingin memastikan agar rakyat kekal berhubung dengan keluarga dan rakan mereka melalui rangkaian 4G yang terluas serta menggunakan peranti 4G.

"Ketika rakyat Malaysia sedang memainkan peranan dalam membendung penularan wabak ini, kami menggalakkan mereka untuk menyantuni satu sama lain melalui komunikasi mudah seperti teks ucapan ringkas atau panggilan video dengan orang yang tersayang untuk menceriakan hari anda,” katanya.

Tambahnya, selaras dengan inisiatif kerajaan Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin, Celcom terus menjangkaui seluruh rakyat Malaysia dengan liputan 4G terluas dan pakej paling berpatutan.

"Celcom turut menawarkan lebih banyak promosi istimewa untuk pelanggan sepanjang tempoh kemerdekaan; antaranya bermula 6 Ogos hingga 30 September ini, pelanggan berpeluang memenangi iPhone 12 mini 64GB berharga RM3999 (RRP) secara percuma di Celcom Online Shop secara eksklusif melalui 'Merdeka Deals Contest Giveaway'!,” katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran terkini dan eksklusif Celcom, pelanggan boleh melayari laman web Celcom www.celcom.com.my atau laman Facebook dan Twitter Celcom.