[DIKEMASKINI] PRESIDEN Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Datuk Markiman Kobiran mempertikaikan tindakan Naib Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK), Datuk Seri Zolkples Embong yang disifatkannya lebih sudu dari kuah dalam isu menyelesaikan kemelut Persatuan Sepak Takraw (PSM).
"Dia bukanlah pengerak atau wakil mana2 Kumpulan G11 (Gabungan 11) atau dalam ahli gabungan atau dalam PSM (Persatuan Sepak Takraw Malaysia), hanyalah merupakan naib presiden baharu dipilih pada tahun 2021 dalam GASTAK.
"GASTAK, yang diterajui oleh Presiden merupakan salah seorang tiga wakil G11 yang terlibat dalam perbincangan dengan PSM sambil diselia oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof dalam menyelesaikan isu melanda badan induk sepak takraw negara itu," katanya pada Rabu.
Mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang juga Naib Presiden GASTAK dalam laporan sebuah media pada Rabu melahirkan rasa kecewa terhadap PJS yang didakwanya masih belum meluluskan penubuhan Persatuan baharu menggantikan PSM walaupun semua dokumen diperlukan sudah dipenuhi dan diserahkan sebelum ini.
Jelas Markiman lagi, beliau kecewa dan terkilan apabila dakwaan mengatakan PJS gagal meluluskan penubuhan PSM baharu seolah-olah Zolkples tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai perkara yang sedang berlaku.
Malah tegas Markiman, sebagai naib presiden Zolkeples sebaiknya mendapatkan penjelasan daripada Presiden GASTAK terlebih dahulu sebelum membuat dakwan sedemikian.
"Ya, betul dia dakwa ada hantar permohonan menubuhkan satu persatuan sepak takraw Malaysia yang baharu atas nama Gabungan Sepak Takraw Malaysia (GSM).
"Tapi akhirnya apa yang berlaku semua 11 bekas ahli gabungan PSM, termasuk GASTAK sepakat dan bersetuju menyahut saranan mantan Menteri Belia dan Sukan untuk baik pulih PSM, jadi isu penubuhan GSM tidak timbul.
"Dalam meminda perlembagaan kita ada beberapa kaedah iaitu G11 berbincang dengan PSM dengan PJS menjadi orang tengah, jadi apabila G11 sepakat untuk meminda perlembagaan PSM, ini bermaksud G11 sudah lama menyingkirkan cadangan penubuhan persatuan baharu. Kita hendak pulihkan PSM.
"Dan setakat ini status yang saya dimaklumkan oleh PSJ bahawa perbincangan ini sudah berada di draf terakhir pindaan perlembagaan. So kenapa secara tiba-tiba bangkitkan kembali mengenai isu persatuan baharu ini?," ujar Markiman.
Malah tegas Markiman, G11 masih lagi berpegang kepada usaha meremedi perkara-perkara tertentu yang berlaku selama ini dalam PSM.
"Yang pertama berkaitan pindaan perlembagaan, yang kedua adalah untuk mengenalpasti laibiliti dan urustadbir kewangan PSM, selepas itu kemudiannya kita akan adakan EGM (mesyuarat agung tergempar) untuk terima perlembagaan baharu itu tanpa pindaan.
"Kemudiannya kita akan anjurkan mesyuarat agung semula untuk lantik pimpinan baharu diikuti permohonan semula untuk menyertai ASTAF (Persekutuan Sepak Takraw Asia).
"Langkah-langkah remedi yang saya sebutkan ini dipersetujui oleh PSM dan wakil G11, termasuk Presiden GASTAK, Datuk Seri Zol tidak terlibat dengan perundingan berkenaan dengan permulihan PSM.
"Tiada sebab dia dakwa PJS menyusahkan dan tiada pengalaman, sebaliknya PJS bersikap amat professional dalam perkara ini, tubuhkan urusetia untuk bantu permudahkan usaha pinda perlembagaan PSM bersama dengan G11 dan PSM.
"Pada saya, PJS sangat komited, sanggup bersama-sama G11 bagi penjelasan berjam-jam. PJS dan barisan urusetianya sangat komited membantu menyelesaikan kemelut yang melanda PSM ini.
"Saya amat terkilan dengan tuduhan dilemparkan terhadap PJS, apatah lagi saya wakil dari Selangor, bersama wakil Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Putrajaya (PESTAP), Datuk Seri Khairudin Samad dan Presiden GASTAK, Zuraidin Abdullah dipilih G11 sebagai wakil G11 dalam menyelesaikan kemelut ini bersama PSM sambil diselia oleh PJS.
Bukan PJS berdiam diri berpeluk tubuh, PJS bantu kami untuk pulihkan kembali PSM," katanya.
Pada masa sama Markiman mengakui bahawa dalam kalangan G11 memahami PSM ini menpunyai legasi tersendiri sepanjang 61 tahun memacu arena sepak takraw negara sebelum ini.
"Sejarah PSM sangat panjang, kecemerlangan dilakar PSM sebelum ini banyak. Kita tidak boleh matikan PSM begitu sahaja kemudiannya tubuh persatuan baharu.
"Tindakan tubuh persatuan baharu merupakan orang yang tidak ada rasa cinta dan kasih sayang serta berjiwa patriotik terhadap sejarah sukan sepak takraw selama ini.
"Seandainya PJS tidak mahu berkerjasma seperti sekarang dia boleh meluluskan sahaja penubuhan persatuan baharu, selesai semua.
"Tapi disebabkan PJS ada semangat serta bertanggungjawab mahu menjaga legasi dan mengangkat kembali maruah sukan sepak takraw negara, PJS komited bersama G11 dan PSM mencari penyelesaian bersama," katanya.