Kerajaan perlu tegas hukum penghina Nabi

Iklan
Antara kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat yang berkumpul di Medan Ilmu.

KOTA BHARU - Kerajaan perlu bersikap tegas dan menguatkuasakan undang-undang serta hukuman terhadap individu yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketua Penerangan Ulama Pas, Mohd Asri Daud berkata, langkah itu amat penting bagi memastikan umat Islam mahupun bukan Islam di negara ini menghormati hak agama masing-masing dan tidak sesekali mudah mencerca nabi utusan ALLAH.

Iklan
Iklan

"Kita kesal dengan tindakan kerajaan yang tidak bertegas dengan penghina Nabi, hanya tahan tiga hari kemudian dilepaskan. Itu tidak menunjukkan keprihatinan kita sebagai umat Islam dalam negara Islam.

"Kerajaan dan rakyat perlu bangkit pertahankan perkara ini supaya ia tidak dijadikan bahan mainan mana-mana pihak,” katanya kepada media di sini.

Iklan
Iklan

Lebih 3,000 rakyat negeri ini berkumpul di Medan Ilmu pagi ini bagi menyatakan kekesalan mereka terhadap kerajaan Malaysia Baharu yang tidak mengenakan tindakan tegas terhadap penghina Nabi sejak kebelakangan ini.