GM Klang terus patuhi SOP

Iklan
Beberapa kedai di GM Klang telah mula beroperasi semula.

PENGUMUMAN kerajaan berkenaan kemudahan sektor ekonomi dan membenarkan pembukaan semula 11 sektor perkhidmatan bukan keperluan di negeri- negeri bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ternyata memberi harapan kembali kepada para pemborong di Pusat Borong GM Klang di sini.

Pembukaan semula GM Klang membolehkan mereka untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka selepas terjejas sejak beberapa bulan lalu.

Iklan
Iklan

Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam GM Klang, Norsuhaida Othman berkata, ia merupakan berita gembira kepada GM Klang, bagaimanapun pusat pemborong terkemuka itu tidak mahu mengambil mudah dan tergesa-gesa dalam memulakan kembali pengoperasian kedai-kedai perniagaan yang telah dibenarkan.

Norsuhaida

Menurutnya, pihak pengurusan memberi waktu senggang kepada para pemborong untuk lebih bersedia dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Iklan

"Mereka kini lebih berhati-hati dalam membuat persiapan bagi memastikan kedai mereka betul-betul selamat untuk dikunjungi para pelanggan. Oleh demikian, mungkin kita akan mengambil masa dalam seminggu atau dua minggu lagi untuk kita kembali beroperasi dengan lebih banyak kedai,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Norsuhaida berkata, menyedari jumlah kes harian yang masih tinggi, keselamatan komuniti menjadi faktor utama buat GM Klang.

Iklan

"Daripada pihak pengurusan, para pemborong mahupun pelanggan, GM Klang ingin memastikan kesemuanya sentiasa berasa selamat apabila berada di dalam kompleks tersebut.

GM Klang memastikan semua pihak mematuhi SOP ketika mengunjungi pusat membeli-belah yang terletak di Klang itu.

"Peratusan penerimaan vaksin lengkap dalam kalangan pekerja di GM Klang terutama petugas-petugas barisan hadapan seperti sekuriti, pembersih kompleks dan para pemborong sendiri sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya kapasiti 100 peratus dapat dikecapi dalam masa yang singkat,” ujarnya.

Beliau berkata, GM Klang mempunyai pelbagai produk di bawah satu bumbung dengan tawaran harga borong yang menarik.

"Sudah tentunya dengan pembukaan lebih banyak kedai di GM Klang dapat membantu kembali peniaga-peniaga kecil untuk mendapatkan stok barangan perniagaan mereka dengan lebih cepat dan mudah daripada para pemborong di sini,” katanya.

Tambah beliau, orang awam juga dapat membuat penjimatan lebih dengan mendapatkan barangan keperluan mereka dengan harga borong.

Dua pengunjung GM Klang mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Kami berharap agar kelonggaran ini mampu melancarkan semula sedikit demi sedikit aktiviti perniagaan dan membeli-belah di GM Klang ini yang sememangnya terjejas untuk tempoh beberapa bulan lepas.

"Selagi kita memainkan peranan dan tanggungjawab kita, kita pasti boleh mengelak perkara buruk yang tidak dingini berlaku,” katanya.