Saringan Covid-19 kepada mangsa banjir elak penularan di PPS

Iklan
Saarani

IPOH - Mangsa banjir di Perak akan disaring sebelum ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memastikan tiada penularan Covid-19.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, ujian saringan tersebut merupakan prosedur ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada mangsa bencana yang ditempatkan di PPS.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jika terdapat mangsa yang positif, mereka akan diasingkan dan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) berhampiran.

"Prosedur berkenaan mesti dipatuhi seperti swab test itu untuk mengesan sama ada berlaku jangkitan atau tidak.

Iklan

"Jika dia positif, maka dia kena diasingkan di tempat khas atau terus dibawa ke PKRC," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan hak milik dan Notis 5A secara maya di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mangsa banjir yang didapati postifi Covid-19 di Yan, Kedah selepas kediaman mereka dinaiki air ekoran banjir dan fenomena kepala air yang berlaku pada petang Rabu.

Iklan

Mengenai persiapan kerajaan negeri berdepan bencana ekoran musim tengkujuh ketika ini, Saarani berkata, arahan sudah diberikan kepada semua pegawai daerah yang juga pengerusi bencana daerah supaya bersedia.

Menurutnya, perkara itu merupakan kebiasaan dilakukan oleh agensi menjelang hujung tahun dengan mengadakan mesyuarat dan persiapan berkaitan.

"Bencana ini tak dapat dikenal pasti akan berlaku dan juga tak dapat ditahan jika berlaku tanah runtuh dan sebagainya. Cuma apa yang boleh dinasihatkan kepada agensi-agensi dan juga orang ramai bahawa kena ingat risiko untuk ia berlaku tidak mustahil.

"Jadi kerana itu, nak ingatkanlah kepada agensi dan juga rakan-rakan lain terutama mereka yang tinggal berhampiran, jika hujan lebat tak berhenti ada risiko kejadian tanah runtuh itu berlaku, kena bersiap-sedialah," katanya.

Pada pagi Khamis, Sinar Harian melaporkan seramai 102 penduduk di Daerah Larut Matang dan Selama dipindahkan ke dua PPS akibat banjir, sejak petang Rabu.