Muhyiddin yakinkan pemimpin Bersatu terima Ismail Sabri

Iklan
Abd Latiff Ahmad

SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memainkan peranan dalam meyakinkan pemimpin daripada parti itu untuk menyokong dan memilih Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu.

Perkara itu didedahkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad sebagaimana dilaporkan Portal PNBBC.

Iklan
Iklan

Menurut Abd Latiff, walaupun ada kalangan ahli yang masih mahukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, namun Perdana Menteri sementara itu tetap mahukan Ismail Sabri sebagai penggantinya.

"Walaupun ada yang tidak berapa setuju, tetapi beliau sendiri meyakinkan ahli Parlimen Bersatu untuk menyokong Ismail Sabri.

Iklan

"Ini dibuktikan apabila Muhyiddin menjadi individu awal menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Ismail Sabri.

"Tindakan Muhyiddin ini menunjukkan beliau seorang yang tidak mementingkan diri dan kedudukan,” jelas beliau.

Iklan

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Abd Latiff bagaimanapun menyangkalnya dan menyatakan bahawa ia tidak pernah berbangkit di peringkat parti.

Menurut beliau, itu hanyalah fitnah untuk mengeruhkan lagi perpaduan yang sedang dijalin oleh semua parti yang menyokong pencalonan Ismail Sabri.