7 remaja direman kes rogol berkumpulan

Iklan
Suspek-suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Khamis bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut berkait kes rogol berkumpulan.

KOTA BHARU - Tujuh remaja lelaki direman lima hari bagi membantu siasatan kes rogol berkumpulan terhadap seorang gadis berusia 13 tahun, pada awal tahun ini.

Tempoh kesemua suspek berusia 15 sehingga 18 tahun berkuatkuasa Khamis sehingga Isnin ini.

Iklan
Iklan

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Nor Faezah Abdullah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris ketika dihubungi mengesahkan perintah reman berkenaan.

Iklan

Katanya, mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar Kota Bharu pada Rabu susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

"Polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun jika disabit kesalahan,” katanya.

Iklan