Semua parti perlu fikir satu seni politik baharu: Annuar Musa

Iklan
Annuar

SHAH ALAM - Sudah sampai masa semua parti politik di negara ini memikirkan satu seni politik baharu untuk masa depan.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia mengambil kira ketidakstabilan dua kerajaan terdahulu yang perlu dijadikan pedoman.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, satu pendekatan lebih inklusif seperti titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai kerjasama dan permuafakatan politik adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius.

Katanya, ramai yang belum memahami realiti politik semasa sehingga ada yang cuba menguasai atau memaksa sesuatu tanpa mengambil kira landskap politik yang sudah berubah.

Iklan

"Tun Dr Mahathir Mohamad sering berkata kerajaan yang dibina dengan mewujudkan gabungan pasca pilihan raya lazimnya rapuh dan tidak stabil. Berbeza dengan Barisan Nasional (BN) dulu lebih stabil.

"Ada yang bercakap tentang konsep parti menguasai kerajaan. Sebenarnya konsep ini sukar dilaksanakan kerana sebenar tiada satu parti pun yang menguasai. Yang menguasai adalah gabungan itu sendiri dan bukannya parti.

Iklan

"Satu cara untuk melaksanakan konsep parti menguasai kerajaan ialah dengan semua anggota gabungan perlu membentuk suatu badan bersama, di mana dasar dasar utama boleh dirundingkan. Dari situ barulah diberi pandu arah kepada kerajaan untuk dilaksanakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Khamis.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, penyerahan mandat kepada rakyat dan pelaksanaan pilihan raya pada masa kini amat mustahil kerana penyelesaian yang ada lebih bersifat suatu konsensus untuk muslihat umum dan bukan bentuk paling ideal tetapi praktikal.

"Ia menuntut suatu pemikiran yang jujur, matang dan mendahulukan keselamatan rakyat.

"Namun perlu diingat dan difahami, politik muafakat, bertolak ansur dan pengorbanan mendahulukan rakyat menjadi latar belakang kepada kerajaan yang bakal dibentuk.

"Amatlah penting setelah terbentuk dengan Perdana Menteri mengangkat sumpah, satu usaha perlu segera dibuat bagi menjamin kestabilan. Sebaik sahaja keadaan mengizinkan, elok benar kuasa diserahkan semula kepada rakyat dengan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seberapa segera,” jelas beliau.