BANGKOK - Doktor haiwan Thailand menjumpai 158 cebisan sampah dalam perut seekor penyu yang diselamatkan di pulau peranginan Phuket.
Menurut Jabatan Sumber Laut dan Pantai penyu hijau sepanjang 28 sentimeter dan seberat tiga kilogram itu ditemukan dalam keadaan lemah di Pantai Kata di Phuket pada 23 Julai.
Iklan
Iklan
Penyu itu kemudian dibawa ke Pusat Penyelamat Haiwan Laut Terancam Sireetarn untuk rawatan.
"Penyu itu membuang najis sebanyak enam kali sepanjang pemulihannya.
"Doktor haiwan mendapati 158 cebisan sampah tersumbat dalam sistem pencernaannya, antaranya cebisan beg plastik, botol plastik dan serat tekstil,” menurut jabatan itu menerusi hantaran di akaun Facebooknya.
Pada 2020 Thailand di kedudukan kesepuluh dunia dalam kategori pembuangan sampah plastik ke laut, memetik data Institut Penyelidikan Pembangunan Thailand (TDRI). - Bernama