PKS perlu waspada susulan lebih banyak sektor ekonomi dibuka semula

Iklan
Samenta gesa semua PKS bertindak waspada memandangkan mereka akan mengoperasikan kembali perniagaan masing-masing.

PERSATUAN Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menggesa semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bertindak waspada memandangkan mereka akan mengoperasikan kembali perniagaan masing-masing.

Pengerusi Dasar dan Hubungan Kerajaan, Datuk William Ng berkata, PKS mesti mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan melaksanakan sendiri tindakan pencegahan.

Iklan
Iklan

"Contohnya, walaupun individu yang lengkap dua dos vaksin dan bersama keluarga mereka dibenarkan untuk ‘dine-in’ menerusi pengumuman baru-baru ini namun, restoran masih boleh memilih bagi menyediakan makanan atau minuman untuk dibawa pulang, atau mengehadkan hanya individu dewasa yang lengkap vaksin sahaja dibenarkan makan di premis mereka.” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Samenta menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi kelonggaran lagi kepada sektor ekonomi, termasuk pasar malam dan makan di restoran atau rumah kelab.

Iklan

William berkata, ini merupakan kelegaan yang tepat pada masanya untuk perniagaan dan pengguna, selain menjadi petanda baik bahawa ekonomi hampir mencapai titik perubahan ketara.

"Bagaimanapun, ramai ahli kami dalam sektor runcit serta makanan dan minuman masih berwaspada bagi pembukaan kembali perniagaan mereka, terutama berkaitan tanggungjawab terhadap tindakan serta pematuhan oleh pelanggan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, Samenta menyarankan supaya pembukaan semula semua sektor ekonomi hanya dibenarkan apabila 80 peratus daripada populasi di setiap negeri mencapai keimunan penuh, bukan dilaksanakan mengikut pendekatan pelbagai fasa yang mengelirukan kalangan perniagaan selain agensi penguatkuasa yang telah menanggung terlalu banyak tugasan kerja. - Bernama