Ismail Sabri layak dilantik PM ke-9: Ahmad Maslan

Iklan
Ismail Sabri - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, layak dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan berdasarkan pengalamannya mengurus negara dalam situasi sukar sebelum ini.

Ahli Parlimen Pontian itu berpandangan, Ismail Sabri mempunyai kepakaran dalam mentadbir negara sejak mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan pada Mac 2020, sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2021.

Iklan
Iklan

"Saya meneliti ketokohan Ismail Sabri dan ternyata ketika Covid-19 melanda negara, beliaulah menteri kanan yang mengumumkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan cukup pakar hal memerangi Covid-19.

"Beliau juga menjadi Ketua Pembangkang semasa Pakatan Harapan memerintah selama 22 bulan sebelum ini, dan menjadi Timbalan Perdana Menteri pula dan pengalaman ini sudah cukup untuk membolehkan beliau dipilih sebagai Perdana Menteri kesembilan,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Mencari Malaysia Yang Lebih Baik terbitan Bernama TV hari ini.

Iklan
Iklan

Sekiranya Ahli Parlimen Bera itu dipilih, Ahmad berkata, Ismail Sabri perlu berbincang dan mendapatkan nasihat daripada kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO atau Biro Politk UMNO, tentang dasar yang dibuat untuk rakyat. - Bernama