IPOH - Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Sekolah Menengah Smart Batu 4, Jalan Changkat Jong, daerah Teluk Intan, pada jam 8 malam ini bagi menempatkan tujuh mangsa banjir petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, sebuah rumah telah dinaiki air setinggi 0.3 meter di Kampung Lorong Kedah, Batu 8, Changkat Jong, sebelum kesemua mangsa dipindahkan ke PPS.