Polis nafi dakwaan sekat masuk pelanggan ke pusat beli-belah

Iklan

KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan anggotanya menyekat masuk individu tidak lengkap vaksinasi dan yang tidak cukup tempoh 14 hari selepas vaksin dos kedua, untuk masuk ke sebuah pusat membeli-belah di Jalan Maarof, Bangsar di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, polis bantuan yang merupakan agensi keselamatan di lokasi terbabit telah tampil memberi penjelasan dan menafikan penglibatan mana-mana anggota polis dalam kejadian tersebut sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, agensi terbabit tidak menafikan kemungkinan pelanggan tersilap membuat tafsiran mengenai penjelasan polis bantuan yang bertugas berhubung perubahan prosedur operasi standard diumumkan kerajaan.

"Kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah pada tarikh dan masa yang tidak dapat dipastikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Basri dalam masa sama turut menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan perkara tersebut kerana bimbang ia boleh mewujudkan kegusaran awam dan meminta semua pihak mematuhi semua peraturan ditetapkan kerajaan.

"Sebarang perubahan di dalam SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hendaklah dipatuhi," katanya.

Iklan