Lelaki ancam letup Capitol Hill akhirnya serah diri

Iklan
Seorang lelaki, Floyd Ray Roseberry (kanan) menyerah diri kepada polis di depan Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat, Capitol Hill pada Khamis lalu. - Foto AP

WASHINGTON - Seorang lelaki yang mengancam untuk meletupkan bom di Capitol Hill, Washington telah menyerahkan diri kepada polis pada Khamis beberapa jam selepas dia memberitahu pihak berkuasa bahawa terdapat bahan letupan di dalam traknya.

Lelaki itu, Floyd Ray Roseberry, meletakkan trak yang didakwanya membawa bahan letupan itu di luar perpustakaan Kongres Amerika Syarikat (AS) menyebabkan beberapa buah bangunan dikosongkan termasuk kompleks bangunan Capitol.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, wakil-wakil rakyat AS tidak terdapat di dalam bangunan tersebut ketika kejadian.

Roseberry menyerah diri selepas lima jam rundingan dilakukan antara dia dengan beberapa pegawai penguat kuasa undang-undang termasuk dari polis Capitol, Jabatan Polis Metropolitan, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api serta Bahan Letupan.

Iklan

Bagaimanapun, bom yang didakwa oleh lelaki itu tidak ditemui di dalam kenderaannya tetapi bahan-bahan untuk membuat kemungkinan bahan letupan ditemui di dalam kenderaan tersebut, kata satu kenyataan dari Polis Capitol.

"Dia keluar dari kenderaannya dan menyerah diri dan unit taktikal yang berada dekat dengannya menahannya tanpa sebarang kejadian tidak diingini," kata Ketua Polis Capitol, Thomas Manger kepada para pemberita.

Iklan

Beliau berkata, rundingan itu dibuat menerusi papan putih dengan menulis beberapa mesej untuknya selain telefon bimbit dihantar kepadanya melalui robot tetapi dia tidak menggunakannya.

Namun, sebaik sahaja telefon bimbit itu dihantar, dia keluar dari kenderaannya dan kemudian menyerah diri kepada polis.

Manger berkata, pihaknya masih tidak jelas apakah motif sebenar Roseberry melakukan kejadian itu.

Namun, Roseberry menyiarkan beberapa video di Facebook dari kenderaannya beberapa jam sebelum menyerah diri dan dalam video itu dia menuntut peletakan jawatan Presiden Joe Biden dan serangan udara tentera AS dilancarkan ke atas Taliban di Afghanistan. - Agensi