Pemain Spurs sia-siakan peluang berdepan Pacos De Ferreira

Iklan
Pemain Pacos de Ferreira meraikan kejayaan menewaskan Tottenham Hotspur.

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Nuno Espirito menegaskan skuad kendaliannya itu telah mensia-siakan peluang untuk melakar kemenangan pada Liga Konferensi Europa (UECL) apabila tewas 0-1 kepada kelab Portugal, Pacos De Ferreira, pada Khamis.

Menurut Esprito, kekalahan pada aksi pusingan pertama itu diharapkan tidak melemahkan semangat pemain untuk beraksi pada pusingan kedua berdepan lawan sama, minggu depan.

Iklan
Iklan

Malah katanya, setelah menewaskan Manchester City pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu lalu, kekalahan berkenaan nyata sukar diterima oleh skuad The Lilywhites itu.

"Kekalahan ini nyata sesuatu yang buruk dan tidak bagus untuk kami. Pemain telah mensia-siakan peluang untuk mencatatkan keputusan positif di awal musim.

Iklan

"Pada separuh masa pertama, kita beraksi buruk apabila kehilangan banyak hantaran-hantaran lawan, kita juga mempamerkan aksi yang tidak seimbang.

"Secara keseluruhannya, kami beraksi buruk pada perlawanan ini dan kita mahu pastikan ia tidak berulang pada perlawanan kedua nanti,” katanya.

Iklan

Pada perlawanan berkenaan, gol tunggal hasil jaringan pemain Pacos De Ferreira, Lucas Silva pada minit ke-45, sudah cukup memadai untuk kelab Portugal itu mencipta kejutan untuk menewaskan Spurs.

Sementara itu menurut Espiriton, skuad kendaliannya akan kembali bangkit pada pertemuan kedua dengan Pacos De Ferreira, minggu depan.

Malah katanya, pemain diharap tidak mengulangi persembahan buruk pada pertemuan berkenaan sebagaimana aksi yang dipamerkan kali ini.

"Tiada siapa yang suka untuk tewas atau bermain dengan buruk. Apa pun, inilah bola sepak.

"Apa yang penting, apabila keadaan seperti ini berlaku, kita perlu memastikan untuk kembali bangkit pada perlawanan seterusnya,” katanya.