95.7 peratus orang asli Kampung Changkat lengkap 2 dos vaksin

Iklan
Gambar hiasan

HULU SELANGOR - Sebanyak 95.7 peratus penduduk orang asli di Kampung Orang Asli Changkat di sini, sudah menerima dua dos suntikan lengkap vaksin Covid-19 sehingga Jumaat.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor memaklumkan, daripada jumlah itu, hanya 4.3 peratus sahaja penduduk di kampung itu yang menerima satu dos suntikan.

Iklan
Iklan

"Pelaksanaan program bantuan (Outreach) membabitkan komuniti itu dilaksanakan di dua kampung orang asli iaitu di Kampung Orang Asli Changkat dan Kampung Orang Asli Serigala," kata kenyataan yang dimuat naik di Facebook JKN Selangor pada Jumaat

Menurut kenyataan itu, sebanyak 88.7 peratus penduduk orang asli di Kampung Orang Asli Serigala sudah menerima dua dos suntikan.

Iklan

"Sebanyak 11.3 peratus lagi penduduk di Kampung Orang Asli Serigala sudah menerima dos pertama.

"Syabas kepada tok batin dan penduduk di kedua-dua kampung berkenaan," kata kenyataan itu.

Iklan

Sementara itu, menerusi status berasingan, JKN Selangor memaklumkan, sebanyak 81 peratus penduduk di Kampung Orang Asli Hulu Kuang, Gombak sudah lengkap menerima vaksinasi Covid-19.

"Syabas kepada penduduk Kampung Orang Asli Hulu Kuang, Gombak," katanya.