HTAR pulang mesin oksigen

Iklan
HTAR memulangkan semula 80 unit mesin 'Oxygen Concentrato' yang dipinjamkan PKRC MAEPS 2.0 untuk kegunaan di negeri lain yang mengalami peningkatan kemasukan pesakit secara mendadak.

KLANG - [DIKEMAS KINI] Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang memutuskan untuk memulangkan semula 80 unit mesin 'Oxygen Concentrato' yang dipinjamkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0.

HTAR dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada Jumaat memaklumkan, pemulangan peralatan itu dilakukan berikutan jumlah pesakit Covid-19 di hospital itu semakin menurun.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu turut memberitahu, Bahagian Logistik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyusun semula keperluan peralatan berkenaan untuk digunakan di negeri lain yang mengalami peningkatan kemasukan pesakit secara mendadak.

"Jutaan terima kasih diucapkan kepada PKRC MAEPS 2.0, khusus kepada Pengarahnya, Dr Shahabuddin Ibrahim atas pinjaman sebanyak 80 unit mesin 'Oxygen Concentrator' kepada HTAR sepanjang tempoh disaster (musibah)," kata kenyataan itu

Iklan

Sebelum ini media melaporkan, jumlah kemasukan harian pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan di HTAR berkurangan lebih 50 peratus sejak seminggu lalu.

Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, sebelum ini pihaknya menerima kira-kira 400 kes harian bagi pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan namun jumlahnya menurun kepada sekitar 170 pesakit sejak kebelakangan ini.

Iklan