Facebook sekat sementara semak senarai rakan akaun pengguna Afghanistan

Iklan
Gambar hiasan.- Foto 123rf

WASHINGTON - Facebook menutup sementara ruang untuk pengguna melihat atau mencari senarai akaun rakan di Afghanistan, bertujuan melindungi pengguna Afghanistan daripada kemungkinan menjadi sasaran Taliban, kata ketua dasar keselamatan Facebook Nathaniel Gleicher pada Khamis.

Beliau berkata Facebook juga telah membangunkan perisian untuk membolehkan pengguna di Afghanistan menutup sementara akaun mereka, menurut Sputnik.

Iklan
Iklan

Beliau meminta pengguna bukan dari Afghanistan untuk memperketat fungsi visibility bagi melindungi rakan mereka dari negara itu.

Facebook telah menyekat Taliban menggunakan perkhidmatannya dan menghapus kandungan yang mengandungi propaganda mereka. -Bernama

Iklan
Iklan