Ismail Sabri keluar kediaman dipercayai hadiri mesyuarat

Iklan
Ismail Sabri - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari kediamannya di Tropicana Golf and Country Resort pada jam 8.11 malam.

Media difahamkan beliau akan menghadiri satu mesyuarat namun tidak dapat dipastikan lokasi mesyuarat tersebut.

Iklan
Iklan

Lebih 20 pengamal media telah menunggu di hadapan pintu utama kediaman Naib Presiden UMNO itu bagi mendapatkan perkembangan lanjut.

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Iklan
Iklan

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Jumaat berkata, lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang, di lstana Negara.