NEW DELHI - Taliban meminta India mengekalkan misi diplomatiknya di Afghanistan dan berjanji akan memastikan keselamatan misi itu, lapor Sputnik memetik Hindustan Times pada Jumaat.
Permintaan tidak rasmi itu disuarakan ketua pejabat politik Taliban di Doha, Sher Mohammad Abbas Stanikzai sejurus sebelum India memindahkan sekitar 200 orang, termasuk pegawai diplomatik dan anggota keselamatan pada Isnin dan Selasa.