UMNO harap PM dapat bawa aspirasi rakyat

Iklan
Ahmad Zahid

SHAH ALAM - UMNO berharap pelantikan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menterjemahkan hasrat parti itu untuk membawa aspirasi rakyat dalam usaha menangani pandemik Covid-19.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri juga diharap dapat memastikan kesejahteraan, kemaslahatan dan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, UMNO juga berharap kerajaan baharu akan berusaha memastikan kestabilan politik dapat dicapai bagi suatu tempoh munasabah sebelum memungkinkan diadakan Pilihan Raya Umum ke-15, untuk diserahkan kembali mandat mutlak kepada rakyat.

"Ini selaras dengan titah saranan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga mahu suatu permuafakatan dan kerjasama di kalangan Ahli-Ahli Dewan Rakyat dapat dilakukan dengan mengakhiri segala kemelut politik demi kepentingan rakyat dan negara.

Iklan
Iklan

"UMNO merakamkan penghargaan kepada semua ahli-ahli Parlimen yang telah memberikan kepercayaan kepada Ismail Sabri untuk diperkenankan pelantikannya oleh Yang di-Pertuan Agong selaku Perdana Menteri Malaysia kesembilan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.