MN Selangor harap PM utamakan PPN, bina ekonomi negara

Iklan
Noh Omar (kiri) dan Ahmad Yunus Hairi.

SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) Selangor berharap Perdana Menteri yang dilantik pada Jumaat, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi tumpuan kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi menghadapi pandemik Covid-19 dan membina semula ekonomi negara.

Kenyataan bersama oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi pada Jumaat memaklumkan MN Selangor percaya kemampuan serta kebolehan Ismail Sabri.

Iklan
Iklan

Ia terbukti apabila berjaya dalam kerjasama membabitkan tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) di negeri berkenaan termasuk meraih kemenangan besar dalam PRK di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

"MN Selangor yakin beliau dapat mempertingkatkan usaha ke arah menyatupadukan umat Melayu Islam dan penduduk berbilang bangsa khasnya di Selangor khusus bagi membawa kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 di negeri ini," katanya kenyataan itu.

Iklan

Kenyataan itu turut menyebut, MN Selangor akan memberikan kerjasama penuh bagi membantu Perdana Menteri melaksanakan tugasnya.

"Syukur ke hadrat ALLAH SWT dan menjunjung kasih pada Yang Di-pertuan Agong di atas perkenan Seri Paduka Baginda melantik Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia kesembilan,” kata kenyataan tersebut.

Iklan

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan pelantikan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatannya Isnin lalu.