Pelantikan Ismail Sabri diharap lenyap isu keabsahan kerajaan

Iklan
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR – Pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diharap dapat melenyapkan isu berkaitan keabsahan kerajaan baharu Persekutuan yang bakal dibentuk.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor turut berharap semua pihak dapat menjalin muafakat dengan penuh tanggungjawab untuk berusaha membawa rakyat keluar daripada krisis yang membelenggu negara selama hampir dua tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan Kedah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kebijaksanaan dan kecekapan menyelesaikan konflik politik negara dalam waktu singkat.

"Kerajaan negeri juga mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri yang mendapat perkenan Seri Paduka Baginda sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Iklan

"Semoga pentadbiran baharu negara akan sentiasa beroleh petunjuk, rahmat dan keberkatan daripada ALLAH SWT serta dihindari musibah yang boleh menyebabkan kacau ganggu terhadap usaha menjaga kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan akhbar pada Sabtu.

Dalam pada itu, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat beliau sepanjang menerajui pentadbiran negara selama hampir 18 bulan.

Iklan

"Penghargaan buat Muhyiddin atas segala usaha dan komitmen beliau mengemudi kerajaan menangani pandemik Covid-19 sejak mengambil alih kerajaan sebelum ini,” katanya.