Polis siasat pemandu, pekerja bergaduh dalam bas kilang

Iklan
Seorang pemandu bas dan seorang pekerja warga asing bergaduh dalam bas kilang di Kawasan Perindustrian Senai, Kulai baru-baru ini.

KULAI - Polis sedang menyiasat kejadian seorang pemandu bas bergaduh dengan pekerja warga asing dalam sebuah bas kilang di Kawasan Perindustrian Senai di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya mendapat tahu pergaduhan itu menerusi sebuah video yang tular dalam media sosial.

Iklan
Iklan

"Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai semasa pekerja kilang pulang.

"Pergaduhan melibatkan seorang lelaki tempatan dan seorang pekerja kilang warga Nepal," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Menurutnya, ketika kejadian pekerja asing itu sedang mabuk dan berlaku perselisihan faham antara dia dengan pemandu bas kilang tersebut.

Bagaimanapun katanya, belum ada laporan polis setakat ini diterima terhadap kes berkenaan.

Iklan