KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori ditahan selepas dikesan membuang sampah haram sewaktu operasi pembasmian pembuangan sisa pepejal terkawal yang dijalankan di sekitar ibu negara pada Rabu lalu.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan, Mohd Zahir Shari berkata, tangkapan dan sitaan sebuah lori jenis Inokom itu dilakukan sekitar jam 9.09 malam selepas pelaku dilihat melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu jenis komersial di kawasan yang tidak dibenarkan.