KABUL - Taliban menafikan laporan mengenai warga asing diculik berhampiran lapangan terbang Kabul, lapor Agensi Berita Xinhua memetik media tempatan pada Sabtu.
"Laporan mengenai penculikan itu hanya khabar angin. Anggota Taliban membantu memudahkan urusan semua warga asing untuk ke lapangan terbang. Kami tekad untuk memastikan keselamatan mereka," kata jurucakap Taliban Ahmadullah Waseq.