KUCHING - Sarawak sedang memuktamadkan persediaan bagi melaksanakan proses pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam usaha mengekang jangkitan Covid-19.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pelaksanaannya akan diumumkan apabila semua persiapan selesai.