Wanita maut terjatuh bumbung apartment ketika buat video TikTok

Iklan
Wanita berusia 23 tahun maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah apartment ketika asyik membuat rakaman video untuk platform media sosial TikTok, di Istanbul, Turki pada Jumaat. - Gambar hiasan

ISTANBUL - Wanita berusia 23 tahun maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah apartment ketika asyik membuat rakaman video untuk platform media sosial TikTok, di Istanbul, Turki pada Jumaat.

Detik-detik kematian Kubra Dogan dirakam sepupunya, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Dogan dan sepupunya Helen naik ke bumbung apartment itu untuk melihat dan merakam matahari terbenam.

Mangsa dipercayai terjatuh daripada ketinggian 50 meter selepas memijak panel plastik.

Iklan

Pasukan perubatan dan polis dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Bernama

Iklan