LIVERPOOL tidak menghadapi masalah untuk melakar kemenangan 2-0 ke atas Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield sebentar tadi.
Diogo Jota membuka jaringan sebelum Sadio Mane menyumbat gol kedua pada minit ke-69, sekali gus memberikan kemenangan kedua berturut-turut The Reds.
Iklan
Iklan
Minggu lalu, Liverpool memulakan kempen EPL musim ini dengan langkah kanan apabila membenam Norwich City 3-0 - hasil jaringan Jota, Mohamed Salah dan Roberto Firmino.
Bagaimanapun, Salah kurang bernasib baik pada pertemuan menentang Burnley apabila jaringannya pada babak pertama sejurus gol pembukaan Jota telah dibatalkan.
Ia susulan bantahan yang dibuat pemain Burnley yang mendakwa Salah berada dalam kedudukan ofsaid. Menerusi penilaian video bantuan pengadil (VAR) ternyata Salah dilihat berada sedikit dalam kedudukan ofsaid.