'Saya sudah lama yakin 'Yee' akan jadi PM'

Iklan
Jaharah menunjukkan poster Ismail Sabri ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum pada 2004 yang masih disimpan rapi hingga kini.

TEMERLOH - Seorang wanita di sini meluahkan rasa sebak dan gembira selepas mendapat tahu sepupunya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Perdana Menteri kesembilan.

Jaharah Yusof, 72, dari Kampung Bukit Tingkat berkongsi kegembiraannya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Walaupun lahir di Kampung Lubuk Kawah di Temerloh, Ismail Sabri membesar di Kampung Bukit Tingkat di sini.

Menurut Jaharah, dia sudah lama yakin bahawa sepupunya yang mesra dengan panggilan Yee akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Iklan
Perdana Menteri mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangau.

"Malah dia (Yee) pernah berseloroh untuk menjadi PM ketika berbual bersama arwah bapa saudaranya sebelum ini.

"Saya sudah lama yakin dia akan jadi PM melihat kepada kredibiliti dan pengalaman sedia ada.

Iklan

"Semalam (Jumaat) selepas dapat tahu, ada panggilan video beramai-ramai dengan ahli keluarga lain dan Yee sendiri selepas Isyak," katanya.

Jaharah yang mesra dipanggil Kak Nik oleh Ismail Sabri juga menyifatkan sepupunya sebagai seorang anak kampung sejati selain suka merendah diri walaupun sudah memiliki jawatan besar sebelum ini.

Dalam pada itu, Jaharah berkata, sehingga kini dia juga masih menyimpan potret rasmi Ismail Sabri ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum pada 2004.

"Potret itu antara kenangan berharga buat saya. Yee memberikan potret rasmi yang siap ditandatangani kepada semua sepupu yang ada dan saya simpan hingga kini," katanya yang memiliki tujuh anak, 12 cucu dan 12 cicit.

Rohani

Sementara itu, anak kepada Jaharah, Rohani Mahmud, 63, turut melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Ismail Sabri.

"Antara kenangan yang tidak boleh lupa, kami pernah mandi sungai beramai-ramai dan dia pernah hampir lemas," katanya.