Nenek baru lulus lesen motosikal terkejut terima 20 saman

Iklan
Seorang nenek terkejut apabila dia menerima hampir 20 saman kerana menunggang motosikal melebihi had laju di Swansea, selatan Wales baru-baru ini.

CARDIFF - Seorang nenek terkejut apabila dia menerima hampir 20 saman kerana menunggang motosikal melebihi had laju di Swansea, selatan Wales baru-baru ini.

Nenek itu, Karen Goode, 59, pada mulanya menyangka bahawa ia hanyalah satu gurauan apabila menerima saman itu yang dihantar melalui pos daripada pihak polis.

Iklan
Iklan

Ibu yang mempunyai dua anak dan empat cucu itu menganggap begitu kerana dia tidak pernah menunggang motosikal Honda sehingga ke Swansea.

Goode dari Blistworth hanya menunggang motosikalnya itu di kampungnya tetapi menerima saman tersebut kerana menunggang lebih 80 kilometer sejam (km/jam) di kawasan had laju kurang 49 km/ jam di Swansea.

Iklan

Pada awal bulan ini, dia menerima amaran akan dihadapkan ke mahkamah kerana menunggang motosikal melebihi had laju.

Goode yang lulus ujian menunggang motosikal pada Disember tahun lalu mengesyaki bahawa nombor pendaftaran motosikalnya telah diklonkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Iklan

Polis Wales Selatan ketika dihubungi portal berita Wales Online menyatakan pihak syarikat GoSafe yang bertanggungjawab dalam isu tersebut kerana ia mengendalikan kamera mengesan had laju itu.

Jurucakap syarikat itu menyatakan bahawa jika terdapat aduan tentang nombor pendaftaran kenderaan diklonkan, pihaknya akan menyiasatnya dengan lebih lanjut. - Agensi