Nafuzi puas hati persembahan TFC

Iklan
Nafuzi Zain

KUALA NERUS - Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya walaupun tewas kepada pasukan Kedah Darul Aman FC pada aksi Liga Super di laman sendiri malam tadi.

Menurut Nafuzi, pemainnya telah berusaha memberikan yang terbaik, tetapi nasib tampak tidak menyebelahi mereka apabila gagal memanfaatkan beberapa peluang gol yang terhidang di depan mata.

Iklan
Iklan

"Pemain telah bermain seperti yang dirancang...cuma tak boleh jaringkan gol dengan peluang yang ada menyebabkan kita dihukum oleh pasukan Kedah.

"Secara keseluruhan saya berpendapat bahawa semua pemain kita termasuk benteng pertahanan 'local' telah bermain dengan baik malam ini, cuma mungkin ada tindakan yang kita buat di tempat yang tidak betul menyebabkan kita dihukum," katanya selepas perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini malam tadi.

Iklan

Pada aksi penuh dramatik itu, TFC yang dikenali sebagai skuad Penyu tewas tipis 1-2 di tangan skuad Lang Merah yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

Kekalahan itu juga menyaksikan TFC yang kini menghuni tangga kedua liga terpaksa melupakan hasrat untuk mengejar juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) setelah ketinggalan 11 mata sedangkan liga hanya berbaki tiga perlawanan.

Iklan

Sementara itu, Aidil Sharin berkata kemenangan ke atas TFC malam tadi adalah satu bonus kepada pasukannya yang datang dengan misi untuk mengutip satu mata.

Justeru beliau memberi sepenuh pujian kepada anak buahnya yang telah berusaha sedaya upaya menghadiahkan kemenangan sekali gus mengutip tiga mata penuh di tempat lawan.

"Selepas ini kita akan tumpu kepada perlawanan dengan PJ City. Ia bukan tugas mudah dan pemain perlu bekerja keras untuk mengutip tiga mata seterusnya," katanya yang turut memuji corak persembahan pemain TFC. - Bernama