City kembali jadi pasukan digeruni

Iklan
City membelasah Norwich 5-0 dalam aksi EPL pada Sabtu.

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan pasukannya itu tidak berubah dan masih kuat seperti musim lalu selepas membelasah Norwich City 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad pada Sabtu.

Sebelum ini, City dikritik selepas mempamerkan persembahan hambar dalam dua perlawanan awal iaitu tewas kepada Lecister City dalam aksi Community Shields dan turut tewas dalam aksi pembukaan EPL kepada Tottenham Hotspur.

Iklan
Iklan

"Sebab itu saya tidak mahu panik apabila kami tewas dua perlawanan awal itu. Persembahan luar biasa pemain ketika menewaskan Norwich membuktikan kami mempunyai kualiti.

"Seminggu yang lalu, kami dianggap bukan calon utama juara EPL, namun sekarang kami menjadi sebuah pasukan yang menakutkan.

Iklan

"Kami masih pasukan yang sama seperti musim lalu kecuali sekarang Sergio (Aguero) sudah ke Barcelona, dan Jack (Grealish) masuk. Kami masih pasukan yang sama seperti musim lalu, dan musim lalu amat luar biasa," katanya.

Dalam perlawanan itu, jaringan sendiri penjaga gol Norwich, Tim Krul dan gol daripada Jack Grealish, Aymeric Laporte, Raheem Sterling dan Riyad Mahrez memastikan tiga mata berharga buat pasukan.

Iklan

Dalam pada itu, Guardiola percaya Grealish mampu tampil lebih baik dan boleh setanding dengan Sterling jika mampu meningkatkan naluri pemusnah dalam kotak penalti.

"Jika dia ada mentaliti untuk menjaringkan gol seperti Raheem, dia boleh menjaringkan lebih banyak gol. Ketika Raheem berada di sini, ketika saya mula tiba, dia tidak ada gol dalam mindanya dan kami segera mengubahnya.

"Hari ini dia menjaringkan gol kerana dia tiba dari tengah, dia adalah mesin di sana. Dia mengubah minda dan membuat keputusan dia mahu menjaringkan gol.

"Jack juga ada mentaliti untuk menjaringkan gol dan memenangi perlawanan, tapi jika dia ada mentaliti Raheem, dia juga boleh melakukannya," katanya.