Koeman mula rindukan Messi

Iklan
Koeman

PENGENDALI Barcelona, Ronald Koeman mengakui dia mula merasai kehilangan Lionel Messi selepas kelab Catalan itu hanya mampu seri 1-1 dengan Athletic Bilbao dalam kasi La Liga awal pagi Ahad.

Keputusan seri di Stadium San Mames itu menyaksikan Barcelona keciciran mata dan dilihat sangat bergelut untuk meraih kemenangan.

Iklan
Iklan

Koeman tanpa berselindung meluahkan kekecewaanya dan menyifatkan kehilangan Messi amat dirasai oleh kelab itu.

"Saya tidak suka untuk bercakap tentang perkara sama, tetapi kita bercakap tentang pemain terbaik di dunia. Lawan kami sudah tentu takut jika Leo ada di sini.

Iklan

"Begitu juga kami, jika anda menghantar bola kepada Leo biasanya dia tidak akan kehilangan bola. Anda boleh katakan bahawa Leo tidak ada di sini dan kami tidak boleh mengubahnya," katanya.

Dalam perlawanan itu, Barcelona terlebih dahulu ketinggalan menerusi jaringan Inigo Martinez pada minit ke-50 sebelum disamakan oleh Memphis Depay pada minit ke-75.

Iklan

Koeman turut memuji persembahan dipamerkan Bilbao dan menyifatkan keputusan seri itu adalah adil untuk kedua-dua pasukan.

"Ia adalah perlawanan yang bagus dan saya rasa kami membuatkan perlawanan menjadi sukar untuk kami sendiri sejak perlawanan bermula.

"Kami tidak cukup tenang pada 15 minit pertama menyebabkan kami ditekan oleh lawan. Mereka (Bilbao) berada pada tahap terbaik dan keputusan seri ini adalah adil," katanya.