Penjual surat khabar Mohd Asyraf Hamdani Mohamad, 32, tidak melepaskan peluang untuk membaca berita dalam akhbar tempatan mengenai Perdana Menteri ke-sembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika tinjauan hari ini.
Ismail Sabri yang merupakan Anggota Parlimen Bera mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri kelapan selepas hilang sokongan majoriti ahli parlimen.