PETINJU Cuba, Yordenis Ugas mengekalkan kejuaraan welterweight WBA selepas menjinakkan Manny Pacquia dalam aksi di Las Vegas T-Mobile Arena hari ini.
Ugas berusia 35 tahun ternyata tidak berdepan masalah untuk menewaskan bintang tinju Filipina berusia 42 tahun apabila mendominasi perlawanan tersebut.
Petinju kelahiran Santiago de Cuba menguasai rentak apabila mengatasi saingan petinju Filipina itu menerusi tumbukan padu untuk keputusan sebulat suara selepas pertarungan 12 pusingan. Ugas mendahului tiga kiraan dengan 115-113, 116-112 dan 116-112.