Aktiviti rekreasi, perkelahan

Iklan

Orang awam melakukan aktiviti rekreasi dan perkelahan bersama keluarga selepas kerajaan mengumumkan kebenaran bagi kemudahan tersebut dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan di sekitar Taman Botani hari ini.

Kebenaran tersebut adalah termasuk dalam beberapa kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Iklan
Iklan