Jalur Gemilang, bendera Sabah kurang di pasaran

Iklan
Aliakbar melepaskan konvoi mengedar Jalur Gemilang di Surau Al-Amin Putera Perdana, Telipok, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik Sabah, Dr Aliakbar Gulasan meminta peniaga di negeri ini memperbanyakkan jualan Jalur Gemilang dan bendera Sabah di pasaran.

Beliau berkata, hasil tinjauan mendapati Jalur Gemilang dan bendera Sabah tidak dijual di premis-premis termasuk pasar raya di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Saya berharap peniaga mencari jalan supaya rakyat di Sabah mudah untuk mendapatkan bekalan bendera. Saya fikir ini membantutkan semangat rakyat Sabah untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

"Di samping itu, saya berharap kerajaan boleh mencari jalan bagaimana untuk memudahkan orang ramai mendapatkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah," katanya kepada pemberita selepas program mengedar Jalur Gemilang di Surau Al-Amin Putera Perdana, Telipok pada Ahad.

Iklan

Mengulas lanjut, Aliakbar turut berharap pihak kerajaan dapat memastikan supaya urusan penghantaran bekalan bendera ke negeri ini berjalan lancar.

Katanya, ia selaras dengan pembukaan ekonomi negara sejak beberapa bulan lalu dan tiada alasan berlaku kekurangan bekalan bendera sempena Bulan Kebangsaan tahun ini.

Iklan

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana rakyat juga mempunyai semangat berkobar-kobar untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

"Jadi saya harap perkara ini boleh diselesaikan dengan segera,” katanya.